Kolej 12 : Hasil tuaian yg ke-3. Alhamdulillah hasil tanaman makin bertambah dan makin banyak hasilnya. Hampir kesemua tanaman telah menghasilkan tuaian buat kali yang ke-3 dan tanaman masih sihat. Tidak rugi kita berbudi pada tanah kerana hasilnya amat berguna dan bermanfaat kepada kita. Kami masih memastikan tanaman akan sentiasa segar dan dibaja. Sekiranya tanaman tidak lagi segar atau membuahkan hasil, kami akan menyemaian tanaman yang baharu seperti kentang, lobak merah, bawang merah, bawang putih dan sebagainya. Bukan bermaksud tidak menghargai tanaman yang terdahulu, cuma ingin pelbagaikan lagi tanaman dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan terhadap tanaman-tanaman yang selama ini difikirkan hanya boleh didapati dipasar-pasar atau di supermarket. Banyak yang perlu diperlajari lagi dan ini adalah diantaranya. Tidak lupa juga kepada pembeli-pembeli yang sudi membeli hasil dari tuaian tanaman projek bandaran kolej 12. Sekian dahulu. Terima kasih.
Wednesday, 12 October 2016
Tuesday, 27 September 2016
Tuaian Pertama Projek Pertanian Bandaran
Kolej 12 : Sebelum ini kami menunjukkan hasil anak benih yang baru tumbuh, hari ini kami berkongsi hasil tuaian yang pertama daripada beberapa tanaman kami. Diantaranya ialah Bendi, Cili, Limau kasturi, Kacang panjang, Sawi, Bayam Merah, Bayam Hijau, Kailan, Kangkung, Kucai dan Daun selom. Hasil daripada tuaian pertama kami kumpul untuk jualan samada kepada pelajar, staff atau peniaga-peniaga disekitar kawasan kolej.
Wednesday, 8 June 2016
Anak benih telah tumbuh
Kolej 12 : Anak benih yang ditanam telah mula menunjukkan hasil. Penggunaan baja organik dan tanah organik banyak membantu memepercepatkan tanaman tumbuh lebih sihat. Sistem Putra UA Kit Fertigasi banyak membantu untuk tanaman yang sentiasa memerlukan siraman air yang kerap. Sistem ini juga banyak membantu kami untuk menyiram pokok terutamanya pada waktu cuti ataupun cuti umum.
Anak benih bendi |
Anak pokok terung |
Pokok pudina |
Bayam hijau & merah |
Pokok limau kasturi |
Monday, 6 June 2016
Semaian Biji Benih
Anak benih yang berusia 3 hari
Anak benih yang berusia 6 hari
Petak-petak tamanan telah disediakan bagi pokok bendi, pokok terung dan daun pudina. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk dipindahkan.
Sunday, 5 June 2016
Proses-Proses Penanaman
Untuk proses permulaan, cocopeat dimasukkan ke dalam polibeg dan siram selama satu minggu sebelum anak benih dipindahkan ke dalam polibeg.
Wednesday, 1 June 2016
Tanaman di Kebun Bandar Kolej Dua Belas
Menanam tanaman sendiri merupakan langkah yang bijak untuk mendapatkan hasil yang segar dan menjimatkan kos dapur. Kolej Dua Belas telah mengusahakan kebun bandar yang terdapat pelbagai jenis tanaman seperti gambar-gambar di bawah. Terdapat benih yang diperoleh melalui perkongsian dengan ahli Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri (KBJTS).
Pokok jenis memanjat |
daun sirih
Pokok serai |
Pokok limau kasturi |
Tanaman di dalam pasu |
Pokok cili |
Pokok kangkung |
Pokok kunyit, lempoyong dan inai |
Memulakan Projek Berkebun
Berkebun merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Tetapi sebelum memulakan projek berkebun, kita perlulah menyediakan perancangan dan persiapan. Berikut merupakan antara perkara yang perlu diambilkira sebelum memulakan projek berkebun.
Kerja-kerja penyediaan anak benih dan tapak semaian telah dimulakan mulai 23 Mei 2016 yang lepas. Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang kerja-kerja berlangsung:
Rujukan
- Lokasi kebun
- Tabiat/kebiasaan individu
- Tanaman yang hendak diusahakan
- Tempoh menanam
- Khasiat tanaman
Kerja-kerja penyediaan anak benih dan tapak semaian telah dimulakan mulai 23 Mei 2016 yang lepas. Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang kerja-kerja berlangsung:
Bata disusun untuk dijadikan tempat menanam |
Penyediaan media menggunakan cocopeat |
Penggunaan biochar sebagai 'soil amendment' |
Anak benih yang telah tumbuh selepas 6 hari |
Rujukan
Thursday, 26 May 2016
Putra UA Kit Fertigasi
Bersempena Pertandingan Pertanian Bandaran Peringkat Kolej Kediaman UPM 2016, pihak Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM telah mengedarkan Putra UA Kit Fertigasi untuk digunakan di kebun bandar yang diusahakan oleh tiap-tiap kolej kediaman UPM.
Putra UA Kit Fertigasi
UA kit ini dibangunkan sendiri oleh sekumpulan warga UCTC UPM yang bercirikan kos murah, ringan dan mudah dibawa ke mana-mana, slim khusus untuk penggunaan di rumah pangsa, dan berstatus Do-It-Yourself (DIY). Banyak sekolah dan komuniti terpilih di seluruh negara telah pun menerima hadiah kit ini sebagai langkah pertama menggerakkan minat membangunkan plot UA di kawasan masing-masing. UA kit kini sedang dalam perolehan IPR supaya pihak yang berminat boleh membeli DIY kit ini dari UCTC.
Jenis tanaman yang sesuai
Tanaman daun jenis berbuah dan berdaun seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon manis, pokok hiasan dan herba ulaman.
Kenapa memilih kit ini
Kit ini akan digunakan di kebun bandar Kolej Dua Belas yang sedang dalam proses pembangunan.
Rujukan
Putra UA Kit Fertigasi
UA kit ini dibangunkan sendiri oleh sekumpulan warga UCTC UPM yang bercirikan kos murah, ringan dan mudah dibawa ke mana-mana, slim khusus untuk penggunaan di rumah pangsa, dan berstatus Do-It-Yourself (DIY). Banyak sekolah dan komuniti terpilih di seluruh negara telah pun menerima hadiah kit ini sebagai langkah pertama menggerakkan minat membangunkan plot UA di kawasan masing-masing. UA kit kini sedang dalam perolehan IPR supaya pihak yang berminat boleh membeli DIY kit ini dari UCTC.
Putra UA Kit Fertigasi |
Jenis tanaman yang sesuai
Tanaman daun jenis berbuah dan berdaun seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon manis, pokok hiasan dan herba ulaman.
Kenapa memilih kit ini
- Boleh dijadikan hobi yang menguntungkan
- Menghasilkan sayuran yang segar dan selamat
- Teknik pertanian yang mudah dipelajari
- Boleh dibuat di tepi premis, balkoni atau tanah terbiar
- Tidak perlu pekerja yang ramai
- Boleh menambah pendapatan
- Boleh dilaksanakan pada bila-bila masa
- Senang, mudah dan terbukti
Pihak UCTC menerangkan cara penggunaan kit |
Pihak UCTC menyerahkan kit kepada pihak Kolej Dua Belas |
Kit ini akan digunakan di kebun bandar Kolej Dua Belas yang sedang dalam proses pembangunan.
Rupa terkini kebun bandar Kolej Dua Belas |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Comments system
Disqus Shortname
Admin12