Putra UA Kit Fertigasi
UA kit ini dibangunkan sendiri oleh sekumpulan warga UCTC UPM yang bercirikan kos murah, ringan dan mudah dibawa ke mana-mana, slim khusus untuk penggunaan di rumah pangsa, dan berstatus Do-It-Yourself (DIY). Banyak sekolah dan komuniti terpilih di seluruh negara telah pun menerima hadiah kit ini sebagai langkah pertama menggerakkan minat membangunkan plot UA di kawasan masing-masing. UA kit kini sedang dalam perolehan IPR supaya pihak yang berminat boleh membeli DIY kit ini dari UCTC.
Putra UA Kit Fertigasi |
Jenis tanaman yang sesuai
Tanaman daun jenis berbuah dan berdaun seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon manis, pokok hiasan dan herba ulaman.
Kenapa memilih kit ini
- Boleh dijadikan hobi yang menguntungkan
- Menghasilkan sayuran yang segar dan selamat
- Teknik pertanian yang mudah dipelajari
- Boleh dibuat di tepi premis, balkoni atau tanah terbiar
- Tidak perlu pekerja yang ramai
- Boleh menambah pendapatan
- Boleh dilaksanakan pada bila-bila masa
- Senang, mudah dan terbukti
Pihak UCTC menerangkan cara penggunaan kit |
Pihak UCTC menyerahkan kit kepada pihak Kolej Dua Belas |
Kit ini akan digunakan di kebun bandar Kolej Dua Belas yang sedang dalam proses pembangunan.
Rupa terkini kebun bandar Kolej Dua Belas |
No comments:
Post a Comment