Universiti Putra Malaysia (UPM) terkenal dalam penyelidikan terutamanya dalam bidang pertanian. Baru-baru ini, UPM telah melaksanakan program Pertandingan Pertanian Bandaran Kolej Kediaman yang dijayakan oleh semua kolej-kolej kediaman UPM termasuk Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan untuk menjadi contoh dan rujukan dalam pertanian bandaran peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Program ini adalah kerjasama antara CoSComm, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UCTC, Fakulti Pertanian dan Taman Pertanian Universiti.
Pertanian Bandaran ialah pertanian di kawasan bandar untuk pengeluaran produk segar seperti sayuran, buah-buahan, tanaman hiasan, ulam-ulaman, herba dan ikan. Ia juga merangkumi penghasilan kompos dari bahan buangan organik bandaran, penyimpanan air hujan, pemprosesan makanan, pemasaran dan sebagainya. Pelaksanaannya melibatkan masyarakat bandar sama ada di kawasan sekeliling bandar, kawasan lapang dalam bandar, persekitaran rumah dan perumahan, hospital, sekolah, pejabat dan lain-lain.

Kategori Pertanian
Bandaran
Pertanian berteknologi tinggi yang melibatkan
pengeluaran hasil tanaman menggunakan teknologi tinggi seperti sensor, tenaga
solar, modifikasi persekitaran akar dan perkayaan karbon dioksida. Contohnya
Pertanian Menegak, Pertanian Bertingkat dan Rumah Hijau Pintar.
Pertanian institusi pula melibatkan pengeluaran
makanan di ruang pejabat, sekolah dan hospital. Ia melibatkan kawasan lapang,
bumbung bangunan dan ruang legar.
Pertanian komuniti Bandar seperti Piskiponik
(Tanaman + Ikan), penghasilan tanaman di kawasan terbiar, penggunaan kawasan
yang telah dikhususkan, pengkomposan bahan buangan bandar bersesuaian dengan
konsep penukaran bahan buangan kepada bahan yang boleh dikomersilkan dan
penerapan Amalan Pertanian Baik dalam kalangan mereka yang terlibat.
Kelebihan Pertanian
Bandaran
- Jaminan dan keselamatan makanan di kawasan bandar
- Pembangunan ekonomi setempat
- Pengurusan lestari persekitaran bandar seperti mengurangkan jarak pergerakan hasil segar, penghijauan bandar dan pengawalan jejak karbon
- Impak sosial dan ekonomi dari segi pengurangan perbelanjaan isi rumah, sumber kewangan bagi yang berpendapatan rendah dan masyarakat harmoni kerana aktiviti yang lebih berbentuk kekeluargaan dan komuniti
- Penggunaan tanah yang optima
Rujukan
1 comment:
nice k12!
Post a Comment