Thursday 26 May 2016

Putra UA Kit Fertigasi

Bersempena Pertandingan Pertanian Bandaran Peringkat Kolej Kediaman UPM 2016, pihak Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM telah mengedarkan Putra UA Kit Fertigasi untuk digunakan di kebun bandar yang diusahakan oleh tiap-tiap kolej kediaman UPM.

Putra UA Kit Fertigasi
UA kit ini dibangunkan sendiri oleh sekumpulan warga UCTC UPM yang bercirikan kos murah, ringan dan mudah dibawa ke mana-mana, slim khusus untuk penggunaan di rumah pangsa, dan berstatus Do-It-Yourself (DIY). Banyak sekolah dan komuniti terpilih di seluruh negara telah pun menerima hadiah kit ini sebagai langkah pertama menggerakkan minat membangunkan plot UA di kawasan masing-masing. UA kit kini sedang dalam perolehan IPR supaya pihak yang berminat boleh membeli DIY kit ini dari UCTC.

Putra UA Kit Fertigasi

Jenis tanaman yang sesuai
Tanaman daun jenis berbuah dan berdaun seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon manis, pokok hiasan dan herba ulaman.

Kenapa memilih kit ini
  • Boleh dijadikan hobi yang menguntungkan
  • Menghasilkan sayuran yang segar dan selamat
  • Teknik pertanian yang mudah dipelajari
  • Boleh dibuat di tepi premis, balkoni atau tanah terbiar
  • Tidak perlu pekerja yang ramai
  • Boleh menambah pendapatan
  • Boleh dilaksanakan pada bila-bila masa
  • Senang, mudah dan terbukti

Pihak UCTC menerangkan cara penggunaan kit

Pihak UCTC menyerahkan kit kepada pihak Kolej Dua Belas

Kit ini akan digunakan di kebun bandar Kolej Dua Belas yang sedang dalam proses pembangunan.

Rupa terkini kebun bandar Kolej Dua Belas
Rujukan
  1. Pusat Transformasi Komuniti Universiti

Tuesday 24 May 2016

Pertanian Bandaran

Universiti Putra Malaysia (UPM) terkenal dalam penyelidikan terutamanya dalam bidang pertanian. Baru-baru ini, UPM telah melaksanakan program Pertandingan Pertanian Bandaran Kolej Kediaman yang dijayakan oleh semua kolej-kolej kediaman UPM termasuk Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan untuk menjadi contoh dan rujukan dalam pertanian bandaran peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Program ini adalah kerjasama antara CoSComm, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UCTC, Fakulti Pertanian dan Taman Pertanian Universiti.

Pertanian Bandaran ialah pertanian di kawasan bandar untuk pengeluaran produk segar seperti sayuran, buah-buahan, tanaman hiasan, ulam-ulaman, herba dan ikan. Ia juga merangkumi penghasilan kompos dari bahan buangan organik bandaran, penyimpanan air hujan, pemprosesan makanan, pemasaran dan sebagainya. Pelaksanaannya melibatkan masyarakat bandar sama ada di kawasan sekeliling bandar, kawasan lapang dalam bandar, persekitaran rumah dan perumahan, hospital, sekolah, pejabat dan lain-lain.



Kategori Pertanian Bandaran

Pertanian berteknologi tinggi yang melibatkan pengeluaran hasil tanaman menggunakan teknologi tinggi seperti sensor, tenaga solar, modifikasi persekitaran akar dan perkayaan karbon dioksida. Contohnya Pertanian Menegak, Pertanian Bertingkat dan Rumah Hijau Pintar.

Pertanian institusi pula melibatkan pengeluaran makanan di ruang pejabat, sekolah dan hospital. Ia melibatkan kawasan lapang, bumbung bangunan dan ruang legar.

Pertanian komuniti Bandar seperti Piskiponik (Tanaman + Ikan), penghasilan tanaman di kawasan terbiar, penggunaan kawasan yang telah dikhususkan, pengkomposan bahan buangan bandar bersesuaian dengan konsep penukaran bahan buangan kepada bahan yang boleh dikomersilkan dan penerapan Amalan Pertanian Baik dalam kalangan mereka yang terlibat.

Kelebihan Pertanian Bandaran
  •  Jaminan dan keselamatan makanan di kawasan bandar
  •  Pembangunan ekonomi setempat
  • Pengurusan lestari persekitaran bandar seperti mengurangkan jarak pergerakan hasil segar, penghijauan bandar dan pengawalan jejak karbon
  •  Impak sosial dan ekonomi dari segi pengurangan perbelanjaan isi rumah, sumber kewangan bagi yang berpendapatan rendah dan masyarakat harmoni kerana aktiviti yang lebih berbentuk kekeluargaan dan komuniti
  • Penggunaan tanah yang optima

Rujukan
  1. Fakulti Pertanian

Comments system

Disqus Shortname

Admin12