Wednesday 8 June 2016

Anak benih telah tumbuh



Kolej 12 : Anak benih yang ditanam telah mula menunjukkan hasil. Penggunaan baja organik dan tanah organik banyak membantu memepercepatkan tanaman tumbuh lebih sihat. Sistem Putra UA Kit Fertigasi banyak membantu untuk tanaman yang sentiasa memerlukan siraman air yang kerap. Sistem ini juga banyak membantu kami untuk menyiram pokok terutamanya pada waktu cuti ataupun cuti umum.





Anak benih bendi

Anak pokok terung

Pokok pudina

Bayam hijau & merah


Pokok limau kasturi

Monday 6 June 2016

Semaian Biji Benih



Anak benih yang berusia  3 hari


Anak benih yang berusia 6 hari


Petak-petak tamanan telah disediakan bagi pokok bendi, pokok terung dan daun pudina. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk dipindahkan.



Sunday 5 June 2016

Proses-Proses Penanaman


Untuk proses permulaan, cocopeat dimasukkan ke dalam polibeg dan siram selama satu minggu sebelum anak benih dipindahkan ke dalam polibeg.




Wednesday 1 June 2016

Tanaman di Kebun Bandar Kolej Dua Belas

Menanam tanaman sendiri merupakan langkah yang bijak untuk mendapatkan hasil yang segar dan menjimatkan kos dapur. Kolej Dua Belas telah mengusahakan kebun bandar yang terdapat pelbagai jenis tanaman seperti gambar-gambar di bawah. Terdapat benih yang diperoleh melalui perkongsian dengan ahli Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri (KBJTS)
Pokok jenis memanjat
daun sirih
Pokok serai
Pokok limau kasturi
Tanaman di dalam pasu
Pokok cili
Pokok kangkung
Pokok kunyit, lempoyong dan inai



Memulakan Projek Berkebun

Berkebun merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Tetapi sebelum memulakan projek berkebun, kita perlulah menyediakan perancangan dan persiapan. Berikut merupakan antara perkara yang perlu diambilkira sebelum memulakan projek berkebun.
  1. Lokasi kebun
  2. Tabiat/kebiasaan individu
  3. Tanaman yang hendak diusahakan
  4. Tempoh menanam
  5. Khasiat tanaman
Untuk program Pertandingan Pertanian Bandaran Kolej Kediaman, Kolej Dua Belas telah menggunakan ruangan balkoni yang terbiar sebagai lokasi kebun bandar. Kebun ini diusahakan oleh staf-staf Kolej Dua Belas sendiri. Tanaman yang diusahakan adalah daripada jenis sayur-sayuran dan bunga-bungaan, kebanyakannya merupakan tanaman tahunan.

Kerja-kerja penyediaan anak benih dan tapak semaian telah dimulakan mulai 23 Mei 2016 yang lepas. Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang kerja-kerja berlangsung:

Bata disusun untuk dijadikan tempat menanam
Penyediaan media menggunakan cocopeat
Penggunaan biochar sebagai 'soil amendment'
Anak benih yang telah tumbuh selepas 6 hari

Rujukan
  1. Kebun Bandar

Comments system

Disqus Shortname

Admin12