Wednesday 1 June 2016

Memulakan Projek Berkebun

Berkebun merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Tetapi sebelum memulakan projek berkebun, kita perlulah menyediakan perancangan dan persiapan. Berikut merupakan antara perkara yang perlu diambilkira sebelum memulakan projek berkebun.
  1. Lokasi kebun
  2. Tabiat/kebiasaan individu
  3. Tanaman yang hendak diusahakan
  4. Tempoh menanam
  5. Khasiat tanaman
Untuk program Pertandingan Pertanian Bandaran Kolej Kediaman, Kolej Dua Belas telah menggunakan ruangan balkoni yang terbiar sebagai lokasi kebun bandar. Kebun ini diusahakan oleh staf-staf Kolej Dua Belas sendiri. Tanaman yang diusahakan adalah daripada jenis sayur-sayuran dan bunga-bungaan, kebanyakannya merupakan tanaman tahunan.

Kerja-kerja penyediaan anak benih dan tapak semaian telah dimulakan mulai 23 Mei 2016 yang lepas. Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang kerja-kerja berlangsung:

Bata disusun untuk dijadikan tempat menanam
Penyediaan media menggunakan cocopeat
Penggunaan biochar sebagai 'soil amendment'
Anak benih yang telah tumbuh selepas 6 hari

Rujukan
  1. Kebun Bandar

No comments:

Comments system

Disqus Shortname

Admin12