Wednesday 12 October 2016

Hasil Tuaian Yang Ke-3



Kolej 12 :  Hasil tuaian yg ke-3. Alhamdulillah hasil tanaman makin bertambah dan makin banyak hasilnya. Hampir kesemua tanaman telah menghasilkan tuaian buat kali yang ke-3 dan tanaman masih sihat. Tidak rugi kita berbudi pada tanah kerana hasilnya amat berguna dan bermanfaat kepada kita. Kami masih memastikan tanaman akan sentiasa segar dan dibaja. Sekiranya tanaman tidak lagi segar atau membuahkan hasil, kami akan menyemaian tanaman yang baharu seperti kentang, lobak merah, bawang merah, bawang putih dan sebagainya. Bukan bermaksud tidak menghargai tanaman yang terdahulu, cuma ingin pelbagaikan lagi tanaman dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan terhadap tanaman-tanaman yang selama ini difikirkan hanya boleh didapati dipasar-pasar atau di supermarket. Banyak yang perlu diperlajari lagi dan ini adalah diantaranya. Tidak lupa juga kepada pembeli-pembeli yang sudi membeli hasil dari tuaian tanaman projek bandaran kolej 12. Sekian dahulu. Terima kasih.

Comments system

Disqus Shortname

Admin12